Ciri-ciri Tamadun Islam

DEFINISI TAMADUN ISLAM

1.      Syed Nuqib mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kehidupan manusia yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi sesebuah masyarakat

2.      Al-Shirazi ; tamadun Islam adalah berkisar tentang kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan

Dalam Kamus Dewan mencatakan tamadun sebagai kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun, dan sebagainya.

Abu Bakar Hamzah dalam bukunya Sejarah dan Kebudayaan Islam menjelaskan, perkataan tamadun berasal dari perkataan Arab yang telah diterima sebagai sebahagian dari perbendaharaan kata Bahasa Malaysia. Tamadun itu sendiri lahir serentak, seiring dan sejalan dengan perkembangan kehidupan manusia dari masa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.

Mahmood Mohd Taib al-Najmi dalam bukunya Sejarah Tamadun Islam mendifinasikan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluarannya samada dari segi pemikiran atau kebendaan.

Jurji Zaidan pula menyatakan, maksud tamadun ialah tahap perkembangan yang tinggi bercirikan bentuk Negara dengan pentadbiran yang tersusun rapi, kehidupan Bandar, sains, teknologi, pendidikan  yang mencapai perkembangan, arkitektur yang membina monument dan bangunan besar dan aktiviti kesenian yang berkesan. Dalam tamadun Islam kesemua ciri ini berasaskan agama.

Ibnu Khaldun dalam kitabnya AlMuqaddimah mengunakan istilah umran dalam Abad ke 14 yang menyamai dan menepati maksud perkataan tamadun. Beliau juga pernah menggunakan perkataan Hadharah pada abad ke 20, yang sama makna dengan umran yang bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian.

 

Daripada huraian dapat disimpulkan tiga istilah pernah digunakan untuk maksud tamadun tersebut iaitu kebudayaan, peradaban dan tamadun. Walaupun kata-kata tersebut berbeza tetapi membawa satu maksud dalam aspek kehidupan sama ada dari segi aspek pemikiran, kerohanian, kebendaan, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau Negara bangsa.

Ringkasnya, masyarakat bertamadun menurut Islam mempunyai ciri-ciri berikut:

Ø  Masyarakat beriman kepada Allah SWT serta melaksanakan Ubudiyyah kepada Allah SWT. Pengutusan para nabi dan rasul kepada masyarakat bertujuan untuk membawa manusia beriman kepada Allah SWT, menyempurnakan akhlak yang mulia serta menggantikan yang batil dengan hak.

Ø  Masyarakat mempunyai nilai keperibadian yang tinggi, penuh dengan sifat mahmudah dan terhindar dari sifat mazmumah.

Ø  Merupakan manifestasi kecemerlangan pencapaian hidup dalam pelbagai bidang spiritual dan material

CIRI-CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM

Meliputi keseluruhan sifat (kesempurnaan), umum, ideal, dan realistik.

 

RABBANI

Agama Islam di dasari dengan ilmu-ilmu ketuhanan yang tinggi sekali, kerana matlamat setiap individu Muslim  ditetapkan oleh Allah SWT dengan mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT disamping melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT, dan AlQuran juga menjadi sumber asas rujukan.

 

KESEIMBANGAN DAN KESEDERHANAAN

Keseimbangan dalam segala aspek kehidupan, rohani dan jasmani, masyarakat dan individu, dunia dan akhirat. Kesederhanaan pula perlu ada dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT tetapi tidak pula dengan maksud mempermudahkan segala urusan.

 

UNIVERSAL

Tidak terikat dengan bangsa, tempat atau tempoh tertentu, bahkan ia milik seluruh manusia. Tamadun Islam menepati keperluan segala situasi dan peredaran zaman.

 

IDEAL DAN REALISTIK

Ideal bermaksud meletakkan manusia pada tingkat yang paling tinggi dengan mengawasi setiap gerak geri manusia. Realistic pula bermaksud mengambil kira hakikat yang berlaku iaitu di dunia yang nyata.

 

TETAP DAN ANJAL

Ciri tamadun Islam yang seterusnya ialah tetap dan tidak berubah pada matlamat dan sasaran tetapi anjal pada cara dan pelaksanaannya. Kebebasan diberikan kepada umat untuk merealisasikan tamadun bagi mencapai matlamat yang dikehendaki tetapi mengikut acuan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

 

MENYELURUH PADA SETIAP ASPEK KEHIDUPAN

Merangkumi bidang akidah, syariah, akhlak, hubungan dengan Allah SWT, dengan sesame manusia dan alam. Satu seruan keadilan untuk semua samada Islam mahupun bukan Islam, musuh atau kawan, termasuk hubungan antarabangsa, ilmu dan ibadah.

About norhasnizah

strong person, hardworking, like a new challenging to upgrade my skill
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s